/akn/my-08/state_gazette/unknown/pkgn023y2001/no-782

ORDINAN BINATANG-BINATANG, 1953

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
State Subsidiary Legislation
Status
In force
Sections
7

Quick answer

About this state subsidiary legislation

ORDINAN BINATANG-BINATANG, 1953 is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 782, currently marked in force.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh perenggan 51 (1) (b) Ordinan Binatang-Binatang 1953 [17/53], saya, Dato’ Seri DiRaja Mohamad Tajol Rosli bin Ghazali, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, melarang penyembelihan kambing-kambing betina di dalam Negeri Perak bagi tempoh 3 tahun, melainkan dengan suatu lesen yang dikeluarkan bagi maksud itu oleh Pengarah Perkhidmatan Haiwan Negeri, Perak Darul Ridzuan atau mana-mana pegawai yang diberikuasa olehnya. ANIMALS ORDINANCE, 1953 ORDER UNDER PARAGRAPH 51 (1) (b)

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. In exercise of the powers conferred by paragraph 51 (1) (b) of the Animals Ordinance 1953 [17/53], I, Dato’ Seri DiRaja Mohamad Tajol Rosli bin Ghazali, the Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, prohibit the slaughtering of female goats in the State of Perak for the period of 3 years, except under a licence issued in that behalf by the State Director of Vetenary Services, Perak Darul Ridzuan or by any officer authorised by him. Bertarikh 10 Oktober 2001. [PSUK.PK.(BPK)1A 355/9/4-4; PU.PK. 67/71-12.] DATO’ SERI DIRAJA MOHAMAD TAJOL ROSLI BIN GHAZALI Menteri Besar, Perak1030
  2. [8hb Nov. 2001 No. 783. AKTA EKSAIS 1961 (Bil. 34 Tahun 1961) MESYUARAT LEMBAGA PELESENAN (EKSAIS) PERAK TENGAH Adalah diberitahu bahawa Lembaga Pelesen (Eksais) bagi Daerah Perak Tengah di bawah Akta Eksais 1961, akan mengadakan satu perjumpaan di Pejabat Daerah Perak Tengah, Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar pada hari Sabtu, 22 Disember, 2001 jam 9.00 pagi kerana menimbangkan permohonan bagi lesen baru, permohonan memperbaharui dan pindah tempat perniagaan untuk setengah tahun Pertama bagi tahun 2002.

Seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

Permohonan-permohonan mestilah dibuat dalam empat salinan dengan borang yang telah disediakan (Borang Baru) kepada Pengerusi Lembaga Pelesen (Eksais)

d/a Pejabat Daerah Perak Tengah, Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah,

Seri Iskandar pada atau sebelum 01 Disember, 2001. Permohonan-permohonan bagi lesen baru hendaklah dihantar bersama-sama salinan Sijil Pendaftaran

Perniagaan yang sah. Tiap-tiap pemohon lesen baru hendaklah melekatkan satu salinan permohonannya di kedai yang hendak dilesenkan tidak kurang dari tiga minggu sebelum tarikh perjumpaan dan selain dari itu hendaklah diiklankan permohonannya di dalam surat khabar “The New Straits Times”

dengan perbelanjaan sendiri.

PEJABAT DAERAH PERAK TENGAH,

KOMPLEKS PENTADBIRAN

DAERAH PERAK TENGAH,

SERI ISKANDAR.

Bertarikh 9 Oktober 2001,

AHMAD TERMIZI BIN HJ. PUTEH

[PD.PK.TGH.(A) 1/1 JLD.2.]

Pegawai Daerah,

Perak Tengah

No. 784.

AKTA EKSAIS 1976

(Akta 176)

MESYUARAT LEMBAGA PELESENAN (EKSAIS)

DAERAH LARUT, MATANG DAN SELAMA

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Pelesenan (Eksais) bagi Daerah Larut,

Matang dan Selama akan mengadakan Mesyuarat Lembaga Pelesenan (Eksais)

di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Larut dan Matang, Taiping pada hari Sabtu bersamaan 22 Disember 2001 jam 9.00 pagi untuk menimbang permohonan baru, pembaharuan dan menukar nama pelesen bagi setengah tahun pertama 2002.

Seksyen 4

Segala bantahan terhadap permohonan lesen hendaklah disampaikan kepada

Open as pageSuggest a correction

Pengerusi, Lembaga Pelesenan (Eksais) dan kepada Ketua Polis Negeri, Perak

Darul Ridzuan, Ipoh selewat-lewatnya sepuluh (10) hari sebelum tarikh mesyuarat.

PEJABAT DAERAH,

LARUT DAN MATANG,

TAIPING.

Bertarikh 17 Oktober 2001.

[PDLM. 454/7/86/2 Jld.2.]

DATO’ MUSTAFFA BIN HUSSIN

Pengerusi,

Lembaga Pelesenan (Eksais)

Larut, Matang dan Selama

No. 785.

MESYUARAT LEMBAGA PELESENAN (EKSAIS) DAERAH HILIR PERAK

Sila ambil makluman bahawa Lembaga Pelesenan Eksais Daerah Hilir Perak akan mengadakan mesyuaratnya pada hari Selasa 11 Disember 2001 jam 9.00

pagi di Bilik Mesyuarat, Aras 3, Pejabat Daerah dan Tanah, Hilir Perak, Teluk

Intan bagi menimbangkan permohonan lesen baru, membaharui lesen, menukar nama pelesen dan alamat premis bagi setengah tahun pertama 2002.

Seksyen 2

Suggest a correction

Semua permohonan hendaklah dibuat mengikut Seksyen 35, Akta Eksais 1976 dan Perkara 19, Peraturan-peraturan Eksais (Lembaga Pelesen 1977) dalam enam salinan dan hendaklah disampaikan kepada Pengerusi Lembaga Pelesen

Eksais Daerah Hilir Perak, 36000 Teluk Intan sebelum atau pada hari Sabtu 10 November 2001.

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

Pemohon lesen baru dan menukar alamat premis hendaklah mengiklankan permohonannya di dalam akhbar Bahasa Malaysia dan Inggeris dengan perbelanjaan sendiri dan mempamerkan di premis perniagaan yang dicadangkan sekurang-kurangnya tiga minggu sebelum tarikh mesyuarat. Permohonan untuk menukar alamat premis dan nama pelesen hendaklah menyatakan sebab-sebab mengapa pertukaran itu hendak dibuat.

Seksyen 4

Segala bantahan terhadap lesen hendaklah disampaikan kepada Pengerusi,

Suggest a correction

Lembaga Pelesenan Eksais Daerah Hilir Perak selewat-lewatnya sepuluh (10)

hari sebelum tarikh persidangan.

Bertarikh 16 Oktober 2001.

[PDHP 66/76/3.]

AHMAD SHAFEI BIN JAMAL

Pengerusi,

Lembaga Pelesenan Eksais,

Daerah Hilir Perak

1032

[8hb Nov. 2001

No. 786.

(Seksyen 35 dan Peraturan 11(1))

MESYUARAT LEMBAGA PELESENAN (EKSAIS) DAERAH KUALA KANGSAR

Adalah diberitahu bahawa Lembaga Pelesenan (Eksais) Daerah Kuala Kangsar, di bawah Akta Eksais 1976 akan mengadakan satu perjumpaan di Bilik Gerakan

Majlis Daerah Kuala Kangsar pada hari Khamis 15 November 2001 pukul 10.00 pagi kerana menimbangkan permohonan baru, membaharui lesen, memindah milik lesen dan memindah premis perniagaan untuk setengah tahun pertama tahun 2002.

Seksyen 2

Suggest a correction

Permohonan-permohonan mestilah dibuat dalam (5) lima salinan dalam borang yang telah disediakan kepada Pengerusi, Lembaga Pelesenan (Eksais)

Daerah Kuala Kangsar di alamat Pejabat Daerah dan Tanah 33000 Kuala Kangsar pada atau sebelum 31-10-2001. Permohonan-permohonan bagi lesen baru hendaklah dihantar bersama-sama dengan salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan yang sah. Tiap-tiap pemohon lesen baru hendaklah melekatkan satu salinan permohonannya di kedai (premis) yang hendak dilesenkan tidak kurang dari 3 (tiga) minggu sebelum tarikh perjumpaan dan selain dari itu hendaklah mengiklankan permohonannya di dalam surat khabar berbahasa Melayu dengan perbelanjaan sendiri.

Bertarikh 16 Oktober 2001.

[PDKK 01–2–002 Jld. 11.]

HAJI KAMARUDZAMAN B. MAHMUD

Pengerusi,

Lembaga Pelesenan (Eksais) Daerah,

Kuala Kangsar

AKTA PENJARA 1995

PRISON ACT 1995