Malaysia legislation

Section 11

of ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) (NO. 2) 2021

Seksyen 11

Suatu pernyataan yang dibuat sama ada secara lisan atau bertulis, semasa atau bagi maksud, suatu penyiasatan atau siasatan tentang suatu kesalahan di bawah Ordinan ini oleh mana-mana orang yang sudah mati atau yang tidak dijumpai, atau yang menjadi tidak berupaya untuk memberikan keterangan boleh diterima sebagai keterangan.

Pernyataan tertuduh 12.

Apa-apa pernyataan oleh seseorang tertuduh sama ada secara lisan atau bertulis kepada mana-mana orang pada bila-bila masa boleh diterima sebagai keterangan.

Dokumen atau benda yang disita atau walau bagaimana jua sekalipun diperoleh 13.

Semua dokumen atau benda yang disita atau walau bagaimana jua sekalipun diperoleh sama ada sebelum atau selepas seseorang telah dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Ordinan ini dan kandungan dokumen atau benda itu boleh diterima sebagai keterangan.

P.U. (A) 110 9

Senarai dokumen dan benda 14.

Mana-mana senarai dokumen dan benda yang disita atau walau bagaimana jua sekalipun diperoleh sama ada sebelum atau selepas seseorang telah dipertuduh atas kesalahan di bawah Ordinan ini boleh diterima sebagai keterangan di mahkamah untuk membuktikan kewujudan dokumen dan benda yang disita atau diperoleh itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang tidak dikemukakan di mahkamah oleh sebab sifat dokumen dan benda itu.

Kebolehterimaan keterangan dokumentar 15.

Jika apa-apa dokumen atau salinan apa-apa dokumen diperoleh oleh pegawai polis atau pegawai diberi kuasa di bawah Ordinan ini, dokumen itu boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Ordinan ini, walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

Section 11 — ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) (NO. 2) 2021