Seksyen 3
Pemakaian luar wilayah
of Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021
P.U. (A)In forceProvision 3 of 4
Seksyen 3
(1)
Jika mana-mana kesalahan di bawah Ordinan ini dilakukan oleh mana-mana orang, walau apa pun kerakyatan atau kewarganegaraannya, di mana-mana tempat di luar Malaysia, dia boleh diuruskan berkenaan dengan kesalahan itu seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di mana-mana tempat di dalam Malaysia.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), kesalahan yang dilakukan hendaklah mengenai Malaysia atau orang yang terjejas oleh pelakuan kesalahan itu ialah warganegara Malaysia.