Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Ordinan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“berita tidak benar” termasuklah apa-apa berita, maklumat, data dan laporan, yang keseluruhannya atau sebahagiannya adalah palsu yang berhubungan dengan
COVID-19 atau proklamasi darurat, sama ada dalam bentuk rencana, visual atau rakaman audio atau dalam apa-apa bentuk lain yang boleh menggambarkan perkataan atau idea;
“COVID-19” ertinya Penyakit Koronavirus 2019;
“data trafik” ertinya apa-apa data yang berhubungan dengan komunikasi dengan menggunakan sistem komunikasi, yang dijana oleh sistem komunikasi itu yang membentuk sebahagian daripada rantaian komunikasi, yang menunjukkan, antara lain, asal, destinasi, laluan, masa, tarikh, saiz, tempoh atau jenis perkhidmatan yang mendasari, komunikasi itu;
“Mahkamah” ertinya Mahkamah Sesyen;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi komunikasi dan multimedia;
“pegawai diberi kuasa” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588];
“penerbitan” termasuklah—
(a)
apa-apa penerbitan bertulis atau penerbitan yang sifatnya serupa dengan apa-apa penerbitan bertulis, dan tiap-tiap salinan dan penghasilan semula atau penghasilan semula substansial penerbitan itu; dan
(b)
apa-apa penerbitan yang dihasilkan secara digital, elektronik, magnetik atau mekanikal, dan replikasi atau replikasi substansial penerbitan itu;
P.U. (A) 110 4
“sistem komunikasi” ertinya—
(a)
apa-apa peranti atau sekumpulan peranti tersaling hubung atau berkait;
atau
(b)
satu atau lebih rangkaian, yang digunakan dalam pemberian, perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pemakaian luar wilayah