Malaysia legislation

Section 8

of ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) (SARAWAK) 2021

Seksyen 8

(1)

Walau apa pun apa-apa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan,

Yang di-Pertuan

Agong atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh

Yang di-Pertuan Agong boleh meminta apa-apa sumber untuk digunakan bagi apa-apa maksud yang Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh

Yang di-Pertuan Agong fikirkan perlu.

(2)

Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh

Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan apa-apa arahan berhubung dengan penggunaan, pengurusan dan kawalan sumber kepada orang yang sumbernya diminta.

(3)

Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh

Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan apa-apa arahan berhubung dengan pengenaan apa-apa fi atau caj yang boleh dikenakan oleh orang yang sumbernya diminta di bawah subseksyen (2).

(4)

Bagi maksud seksyen ini, “sumber” ertinya sumber manusia, kemudahan, utiliti dan aset, dan pengawal atau pengurus sumber manusia, kemudahan, utiliti dan aset itu.

Pampasan

Section 8 — ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) (SARAWAK) 2021