Skip to content

Seksyen 11

Peruntukan kewangan sementara

of Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021

P.U. (A)In forceProvision 11 of 14
Seksyen 11

Walau apa pun apa-apa peruntukan dalam Perlembagaan Negeri Sarawak yang berhubungan dengan perbelanjaan yang dipertanggungkan pada

Kumpulan Wang Disatukan Negeri, apa-apa perbelanjaan yang menghendaki suatu ordinan atau ketetapan Dewan Undangan Negeri, dan pengeluaran daripada

Kumpulan Wang Disatukan Negeri itu, bagi tempoh darurat berkuat kuasa, apa-apa perbelanjaan atau pengeluaran daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri itu boleh dibuat dengan kelulusan Ketua Menteri atau Pihak Berkuasa Kewangan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan mengikut cara sebagaimana yang diperuntukkan oleh mana-mana undang-undang bertulis atau mana-mana Arahan Perbendaharaan atau

Pekeliling Perbendaharaan yang berhubungan dengannya yang pada masa itu berkuat kuasa.