Skip to content

Seksyen 9

Pampasan

of Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021

P.U. (A)In forceProvision 9 of 14
Seksyen 9

(1)

Walau apa pun apa-apa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, jika mana-mana tanah, bangunan atau harta alih diambil milikan di bawah seksyen 7, atau sumber diminta untuk digunakan di bawah seksyen 8, pampasan berkenaan dengan pemilikan atau penggunaan itu hendaklah ditaksirkan oleh orang yang diberi kuasa oleh

Yang di-Pertuan Agong.

(2)

Taksiran pampasan di bawah subseksyen (1) itu adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.

7