Skip to content
State Subsidiary LegislationIn force

Pemberitahu Fatwa di Bawah Subseksyen 50(6)

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Sections
1

Pemberitahu Fatwa di Bawah Subseksyen 50(6) is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 1, currently marked in force.

Opening note

Preamble

  1. Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 50(6) Enakmen Pentadbiran Hal EhwalAgama Islam (Terengganu) 1422H/2001M (En. Tr. 2/2001), setelah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan dan setelah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan ini menyiarkan fatwa yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 50 Enakmen ini seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

JADUAL

Anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu mereka tidak boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali dan tidak diharuskan perkara-perkara yang diharuskan bagi keluarga yang sah tarafnya pada syarak.

Bertarikh 19 Disember 2004

[SUK. Tr. 700/254(26); PUN. Tr. 70 Sj. 3 Bhg. 7]

Dengan Titah Perintah,

HAJI MOHD. ALIM BIN MUDA

Setiausaha

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu

Terengganu

WARTA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

2

[6hb Jan. 2005

ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM

(TERENGGANU) 1422H/2001M

(En. Tr. 2/2001)

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.