Malaysia legislation
Section 14
of PERATURAN-PERATURAN AKSES KEPADA SUMBER BIOLOGI DAN PERKONGSIAN FAEDAH 2020
Seksyen 14
(a)
mengendalikan pemeriksaan secara rawak ke atas mana-mana produk yang telah dikomersialkan untuk memastikan sama ada produk itu dihasilkan daripada penggunaan apa-apa sumber biologi atau pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi;
P.U. (A) 361 20
(b)
menyediakan perkiraan keselamatan di mana-mana tempat atau kawasan di mana sumber biologi boleh diakses; dan
(c)
menggalakkan peningkatan kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan mematuhi Akta dan Peraturan-Peraturan berhubung dengan pemuliharaan dan pembangunan biodiversiti secara mampan.
(2)
Langkah-langkah yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah dijalankan oleh Pihak Berkuasa Kompeten.
(3)
Bagi maksud mengendalikan pemeriksaan secara rawak yang disebut dalam perenggan (1)(a), Pihak Berkuasa Kompeten boleh menghendaki pengguna mana-mana sumber biologi atau pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau rekod berhubung dengan penggunaan sumber biologi atau pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi itu.
(3)
Bagi maksud menyediakan perkiraan keselamatan yang disebut dalam perenggan (1)(b), Pihak Berkuasa Kompeten boleh meminta bantuan daripada masyarakat pribumi dan masyarakat tempatan untuk memantau aktiviti yang dijalankan di tempat atau kawasan mereka, dan untuk melaporkan apa-apa aktiviti yang mencurigakan kepada Pihak Berkuasa Kompeten.
Kewajipan untuk menyenggara daftar