Skip to content

Seksyen 16

Kewajipan penyelidik untuk merekodkan butir-butir

of Peraturan-Peraturan Akses Kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2020

P.U. (A)In forceProvision 16 of 16
Seksyen 16
(1)

Mana-mana penyelidik yang menjalankan apa-apa penyelidikan bagi maksud bukan komersial yang disebut dalam perenggan 18(a) Akta hendaklah merekodkan semua butir penyelidikannya dalam daftar institusi atau agensi.

(2)

Mana-mana penyelidik yang tidak mematuhi subperaturan (1) telah melakukan suatu kemungkiran di bawah peraturan ini.

(3)

Jika Pihak Berkuasa Kompeten Kebangsaan berpendapat bahawa penyelidik itu telah melakukan suatu kemungkiran dan adalah wajar untuk mengambil tindakan terhadapnya, Pihak Berkuasa Kompeten Kebangsaan boleh mengambil tindakan yang berikut:

(a)

bagi kesalahan pertama, memberikan notis amaran atau teguran bertulis kepada penyelidik itu menghendaki penyelidik yang mungkir itu untuk mematuhi atau melakukan apa-apa tindakan untuk memastikan pematuhan peraturan ini; atau

(b)

bagi kesalahan kedua atau kesalahan yang berikutnya, menyiarkan nama penyelidik itu sebagai telah melakukan kemungkiran dalam laman sesawang rasminya.

P.U. (A) 361 23