Malaysia legislation
Section 15
of PERATURAN-PERATURAN AKSES KEPADA SUMBER BIOLOGI DAN PERKONGSIAN FAEDAH 2020
Seksyen 15
(a)
butir-butir tentang orang yang terlibat dalam penyelidikan itu;
P.U. (A) 361 21
(b)
butir-butir tentang pertukaran sumber antara penyelidik di dalam institusi pengajian tinggi awam, institusi penyelidikan awam atau agensi
Kerajaan;
(c)
butir-butir tentang pertukaran sumber antara institusi pengajian tinggi awam, institusi penyelidikan awam atau agensi Kerajaan di dalam
Malaysia; dan
(d)
butir-butir tentang orang atau institusi yang mengakses sumber biologi yang disebut dalam perenggan 18(c) Akta bagi maksud menjalankan atau meneruskan penyelidikan bagi maksud bukan komersial.
(2)
Daftar yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah dijadikan tersedia untuk pemeriksaan oleh Pihak Berkuasa Kompeten.
(3)
Mana-mana institusi atau agensi yang tidak mematuhi subperaturan (1) atau (2) telah melakukan suatu kemungkiran di bawah peraturan ini.
(4)
Jika Pihak Berkuasa Kompeten Kebangsaan berpendapat bahawa institusi atau agensi itu telah melakukan suatu kemungkiran dan adalah wajar untuk mengambil tindakan terhadap institusi atau agensi itu, Pihak Berkuasa Kompeten Kebangsaan boleh mengambil tindakan yang berikut:
(a)
bagi kesalahan pertama, memberikan notis amaran atau teguran bertulis kepada institusi atau agensi itu dan menghendaki institusi atau agensi yang mungkir itu untuk mematuhi atau melakukan apa-apa tindakan untuk memastikan pematuhan peraturan ini; atau
(b)
bagi kesalahan kedua atau kesalahan yang berikutnya, menyiarkan nama institusi atau agensi itu sebagai telah melakukan kemungkiran dalam laman sesawang rasminya.
P.U. (A) 361 22
Kewajipan penyelidik untuk merekodkan butir-butir