Malaysia legislation
Section 11
of PERATURAN-PERATURAN ANGKATAN TENTERA (TERMA-TERMA PERKHIDMATAN BAGI ANGKATAN TETAP) 2013
Seksyen 11
(1)
Tiap-tiap anggota yang sedang berkhidmat hendaklah mematuhi piawaian perubatan yang hendaklah mengikut Perintah Majlis Angkatan Tentera melainkan jika dikecualikan secara khusus oleh Ketua Perkhidmatan.
(2)
Suatu
Lembaga
Perubatan hendaklah ditubuhkan bagi maksud menentukan keadaan kesihatan, tahap keuzuran, kesesuaian dan keupayaan seseorang anggota untuk menjalankan tugas rasminya, jika seseorang anggota itu tidak mematuhi piawaian perubatan sebagaimana yang dinyatakan dalam subperaturan (1).
(3)
Lembaga Perubatan hendaklah, jika perlu, mengemukakan syor kepada
Ketua Perkhidmatan, dalam hal—
(a)
pegawai, untuk dibersarakan atau ditamatkan perkhidmatannya; atau
Tapisan keselamatan