Seksyen 14
Pangkat, kekananan dan duluan
of Peraturan-Peraturan Angkatan Tentera (Terma-Terma Perkhidmatan bagi Angkatan Tetap) 2013
P.U. (A)In forceProvision 13 of 40
Seksyen 14
(1)
Pangkat yang boleh diberikan kepada seseorang pegawai atau askar-lasykar dalam angkatan tetap hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual
Pertama.
(2)
Kekananan seseorang pegawai atau askar-lasykar dalam pangkat yang sama hendaklah dikira mulai tarikh pelantikannya ke suatu pangkat hakiki, atau jika dia telah diberikan suatu tarikh kekananan yang lebih awal, kekananannya hendaklah dikira mulai tarikh yang lebih awal itu.
(3)
Seseorang pegawai atau askar-lasykar hendaklah diberi duluan mengikut pangkat hakikinya dan kekananannya dalam pangkat itu.