Malaysia legislation
Section 13
of PERATURAN-PERATURAN ANGKATAN TENTERA (TERMA-TERMA PERKHIDMATAN BAGI ANGKATAN TETAP) 2013
Seksyen 13
(1)
Kemasukan seseorang anggota ke dalam perkhidmatan angkatan tetap hendaklah bermula, dalam hal—
(a)
pegawai, pada tarikh dia ditauliahkan sebagai seorang pegawai atau tarikh dia dilantik sebagai pegawai kadet; dan
(b)
askar-lasykar, pada tarikh dia didaftarkan.
(2)
Seseorang anggota sebaik sahaja memasuki perkhidmatan—
(a)
Tentera Darat Malaysia, dalam hal—
(i)
pegawai, hendaklah ditauliahkan; atau
(ii)
askar-lasykar, hendaklah didaftarkan ke dalam suatu kor atau rejimen Tentera Darat Malaysia; atau
(i)
pegawai, hendaklah ditauliahkan; atau
(ii)
askar-lasykar, hendaklah didaftarkan ke dalam suatu cawangan Tentera Laut Diraja Malaysia atau Tentera Udara
Diraja Malaysia, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3)
Seseorang hendaklah memasuki perkhidmatan angkatan tetap sebagai seorang anggota melalui pendaftaran, dan pengakusaksian mengikut seksyen 18 Akta sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
14
Pangkat, kekananan dan duluan