Skip to content

Seksyen 15

Pemberian pangkat lokal oleh Ketua Perkhidmatan

of Peraturan-Peraturan Angkatan Tentera (Terma-Terma Perkhidmatan bagi Angkatan Tetap) 2013

P.U. (A)In forceProvision 14 of 40
Seksyen 15

(1)

Walau apa pun peruntukan dalam Peraturan-Peraturan ini, Ketua

Perkhidmatan boleh memberi suatu pangkat lokal kepada mana-mana pegawai atau askar-lasykar—

(a)

bagi suatu tempoh tertentu; atau

(b)

untuk memenuhi keperluan yang timbul—

(i)

apabila pangkat yang lebih tinggi wajar diberikan bagi maksud taraf atau kekananan; atau

(ii)

bagi membolehkan pelaksanaan tugas dalam sesuatu jawatan yang menghendaki suatu pangkat yang lebih tinggi daripada pangkat hakikinya, dan di akhir tempoh tugasan itu, pegawai atau askar-lasykar itu hendaklah kembali ke pangkat hakiki yang disandangnya sebaik sebelum pemberian pangkat lokal itu.

15

(2)

Pemberian pangkat lokal dalam subperaturan (1) kepada mana-mana pegawai atau askar-lasykar tidak boleh menjejaskan kekananan pegawai atau askar-lasykar itu, dan tidak boleh disifatkan sebagai suatu kenaikan pangkat.

Pertukaran anggota