Malaysia legislation
Section 24
of PERATURAN-PERATURAN ANGKATAN TENTERA (TERMA-TERMA PERKHIDMATAN BAGI ANGKATAN TETAP) 2013
Seksyen 24
(1)
Seseorang anggota hendaklah, apabila dikehendaki oleh pihak berkuasa yang layak, mengikuti kursus sama ada di dalam atau di luar Malaysia.
(2)
Pihak berkuasa yang layak boleh mengenakan syarat ke atas seseorang anggota, yang telah dikehendaki mengikuti mana-mana kursus di bawah subperaturan (1), untuk menandatangani suatu perjanjian dalam borang yang ditetapkan dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera sebelum bermulanya kursus itu bagi maksud menentukan tempoh perjanjian yang perlu dipenuhi oleh anggota itu sebaik tamatnya kursus itu, dan tempoh perjanjian itu hendaklah merangkumi tempoh perkhidmatan sepenuh masanya yang sebenar.
(3)
Walau apa pun peruntukan dalam Peraturan-Peraturan ini, tiada seorang pun anggota, selain pegawai tauliah jangka pendek, boleh mengikuti apa-apa kursus, tertakluk kepada syarat yang dikenakan di bawah subperaturan (2), melainkan jika dia mempunyai tempoh perkhidmatan yang mencukupi yang masih berkuat kuasa bagi membolehkannya memenuhi kewajipan yang berbangkit daripada perjanjian yang disebut dalam subperaturan (2).
Keluarga boleh mengiringi anggota yang berkursus panjang di luar Malaysia