Seksyen 21
Tempoh perkhidmatan anggota semasa pertugasan atau pinjaman di luar perkhidmatan
of Peraturan-Peraturan Angkatan Tentera (Terma-Terma Perkhidmatan bagi Angkatan Tetap) 2013
(1)
Mana-mana tempoh perkhidmatan seseorang anggota, yang ditugaskan atau dipinjamkan berkhidmat di luar Perkhidmatan sama ada di dalam atau di luar
Malaysia menurut seksyen 5A, 5B dan 5C Akta, hendaklah disifatkan sebagai suatu tempoh perkhidmatan di dalam Malaysia yang boleh diambil kira bagi maksud kenaikan pangkat dan kekananan anggota itu.
(2)
Seseorang anggota yang ditugaskan atau dipinjamkan berkhidmat di luar
Perkhidmatan sebagaimana yang dinyatakan dalam subperaturan (1) hendaklah layak dibayar gaji, elaun atau apa-apa emolumen lain sebagaimana yang ditentukan dari semasa ke semasa oleh pihak berkuasa yang layak mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 157 Akta.
(3)
Apa-apa tempoh perkhidmatan seseorang anggota yang ditugaskan atau dipinjamkan di luar Perkhidmatan hendaklah diiktiraf sebagai perkhidmatan yang boleh diambil kira.