Malaysia legislation
Section 36
of PERATURAN-PERATURAN ANGKATAN TENTERA (TERMA-TERMA PERKHIDMATAN BAGI ANGKATAN TETAP) 2013
Seksyen 36
(1)
Tindakan hendaklah diambil untuk membersarakan atau memberhentikan seseorang anggota daripada perkhidmatan angkatan tetap jika—
(a)
Lembaga Perubatan mendapati seseorang anggota yang sedang sakit, cedera atau berpenyakit, tidak mempunyai harapan untuk sembuh dan tidak berupaya melaporkan diri dalam tempoh lapan belas bulan; atau
(b)
bertentangan dengan pendapat awal Lembaga Perubatan yang dibuat di bawah subperaturan 34(2) dan 35(2), Lembaga
Perubatan mendapati bahawa, seseorang anggota yang telah dikekalkan dalam perkhidmatan tidak mempunyai harapan untuk sembuh setelah tamat tempoh lapan belas bulan.
(2)
Walau apa pun peruntukan dalam subperaturan (1), pihak berkuasa yang layak boleh meluluskan, dengan pemerakuan Lembaga Perubatan, pengekalan
24
perkhidmatan seseorang anggota yang mengalami kecederaan sewaktu menjalankan tugasnya yang mengakibatkan kehilangan atau kecacatan anggota tubuh badan atau organ deria penting dengan syarat bahawa perkhidmatan seseorang anggota itu bermanfaat untuk diteruskan.