Skip to content

Seksyen 39

Pelanjutan perkhidmatan pegawai tauliah jangka pendek

of Peraturan-Peraturan Angkatan Tentera (Terma-Terma Perkhidmatan bagi Angkatan Tetap) 2013

P.U. (A)In forceProvision 37 of 40
Seksyen 39

(1)

Tempoh tauliah bagi pegawai tauliah jangka pendek hendaklah mengikut

Perintah Majlis Angkatan Tentera.

(2)

Seseorang pegawai tauliah jangka pendek boleh memohon, sebelum genap tempoh perkhidmatannya yang ditetapkan, untuk melanjutkan perkhidmatannya dalam angkatan tetap.

(3)

Tempoh perkhidmatan bagi seseorang pegawai tauliah jangka pendek yang membuat permohonan di bawah subperaturan (2) boleh dilanjutkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor Majlis Angkatan Tentera jika difikirkan munasabah dan memanfaatkan angkatan tetap.