Malaysia legislation
Section 10
of PERATURAN-PERATURAN ANTIBULI (TRIBUNAL BAGI ANTIBULI) 2026
Seksyen 10
Cara penyampaian
(1)
Apa-apa dokumen yang dikehendaki untuk disampaikan kepada mana-mana orang di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh disampaikan—
(a)
secara ke diri kepada orang itu;
(b)
dengan menghantarnya kepada orang itu melalui pos berdaftar;
(c)
dengan menampal dokumen itu pada bahagian utama di alamat penyampaian atau alamat terakhir yang diketahui bagi orang itu;
atau
(d)
melalui cara elektronik.
(2)
Apa-apa dokumen yang disampaikan secara ke diri kepada mana-mana orang di bawah Peraturan-Peraturan ini hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan kepada orang itu dengan menyampaikan dokumen itu—
(a)
kepada orang itu jika orang itu ialah orang sebenar;
(b)
kepada pengarah, pengurus, setiausaha syarikat, setiausaha atau pegawai lain yang serupa bagi syarikat, pertubuhan perbadanan
P.U. (A) 223 9
atau pertubuhan itu jika orang itu ialah suatu syarikat, pertubuhan perbadanan atau pertubuhan; atau
(c)
kepada tuan punya tunggal atau pekongsi bagi firma itu jika orang itu ialah suatu firma.
(3)
Apa-apa dokumen yang disampaikan melalui pos berdaftar kepada mana-mana orang di bawah Peraturan-Peraturan ini hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan kepada orang itu pada masa dokumen itu sepatutnya telah diserahkan kepada orang itu dalam penjalanan biasa pos jika dokumen itu telah dialamatkan—
(a)
dalam hal suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain—
(i)
ke pejabat berdaftarnya;
(ii)
ke alamatnya yang terakhir diketahui; atau
(iii)
kepada mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya untuk menerima proses penyampaian; dan
(b)
dalam hal orang perseorangan, ke alamat penyampaiannya atau alamatnya yang terakhir diketahui.
(4)
Jika seseorang telah memberikan persetujuannya bagi suatu dokumen untuk disampaikan kepadanya melalui cara elektronik, dokumen itu hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan pada masa apabila dokumen itu dihantar ke akaunnya melalui cara elektronik itu.
P.U. (A) 223 10