Seksyen 7
Pengakuterimaan dan kemasukan pernyataan balas dalam Daftar
of Peraturan-Peraturan Antibuli (Tribunal bagi Antibuli) 2026
P.U. (A)In forceProvision 7 of 25
Seksyen 7
(1)
Setiausaha hendaklah mengaku terima tiap-tiap pernyataan balas yang difailkan.
(2)
Apabila suatu pernyataan balas di bawah peraturan 6 diterima, Setiausaha hendaklah menyebabkan supaya Borang 2 Jadual yang difailkan itu ditandatangani, diletakkan tarikh dan dimeterai dengan meterai Tribunal.
(3)
Setiausaha hendaklah menyebabkan supaya tiap-tiap pernyataan balas yang difailkan itu dimasukkan dalam Daftar.