Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
of Peraturan-Peraturan Antibuli (Tribunal bagi Antibuli) 2026
P.U. (A)In forceProvision 2 of 25
Seksyen 2
“aduan buli” ertinya suatu aduan buli yang diserah simpan dengan Tribunal bagi
Antibuli di bawah peraturan 3;
“Daftar” ertinya Daftar Tribunal bagi Antibuli;
“responden” ertinya seseorang yang terhadapnya sesuatu prosiding berkenaan dengan aduan buli dimulakan oleh pengadu;
“Setiausaha” ertinya Setiausaha Tribunal bagi Antibuli yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 28 Akta.
P.U. (A) 223 5