Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN ANTIBULI (TRIBUNAL BAGI ANTIBULI) 2026

Seksyen 3

(1)

Tiap-tiap aduan buli hendaklah diserah simpan dalam Borang 1 Jadual dan hendaklah disertakan dengan apa-apa maklumat, butir-butir dan dokumen sebagaimana yang dikehendaki dalam Borang 1 Jadual.

(2)

Aduan buli di bawah subperaturan (1) hendalah diserah simpan dengan

Pejabat Pendaftaran Tribunal atau melalui sistem pemfailan elektronik, melainkan jika diarahkan selainnya oleh Setiausaha.

(3)

Aduan buli yang diserah simpan dengan Pejabat Pendaftaran Tribunal hendaklah dibuat dalam dua salinan.

(4)

Bagi maksud peraturan ini, Setiausaha boleh menghendaki apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan untuk dikemukakan kepada Tribunal mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Setiausaha.

Pengakuterimaan dan kemasukan aduan buli dalam Daftar

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN ANTIBULI (TRIBUNAL BAGI ANTIBULI) 2026