Malaysia legislation
Section 4
of PERATURAN-PERATURAN ANTIBULI (TRIBUNAL BAGI ANTIBULI) 2026
Seksyen 4
(1)
Setiausaha hendaklah mengaku terima tiap-tiap aduan buli yang diserah simpan.
(2)
Apabila suatu aduan buli yang diserah simpan di bawah peraturan 3
diterima,
Setiausaha hendaklah menyebabkan
Borang 1
Jadual yang diserah simpan itu ditandatangani, diletakkan tarikh dan dimeterai dengan meterai Tribunal.
(3)
Setiausaha hendaklah menyebabkan supaya tiap-tiap aduan buli yang diserah simpan itu dimasukkan dalam Daftar.
(4)
Tiap-tiap aduan buli hendaklah dibezakan melalui nombor pendaftaran dan bulan dan tahun yang aduan itu diserah simpan.
P.U. (A) 223 6
Penyampaian aduan buli