Skip to content

Seksyen 5

Penyampaian aduan buli

of Peraturan-Peraturan Antibuli (Tribunal bagi Antibuli) 2026

P.U. (A)In forceProvision 5 of 25
Seksyen 5

(1)

Selepas aduan buli dalam Borang 1 Jadual dimasukkan dalam Daftar,

Setiausaha hendaklah menyebabkan supaya—

(a)

satu salinan Borang 1 Jadual yang telah ditandatangani dan dimeterai itu disimpan oleh Pejabat Pendaftaran Tribunal; dan

(b)

satu salinan lain Borang 1 Jadual yang telah ditandatangani dan dimeterai itu dikembalikan kepada pengadu.

(2)

Setiausaha hendaklah membuat salinan daripada salinan Borang 1 Jadual yang telah ditandatangani dan dimeterai itu dan hendaklah menyampaikan salinan itu kepada responden dalam masa empat belas hari bekerja dari tarikh salinan

Borang 1 Jadual yang telah ditandatangani dan dimeterai itu dikembalikan kepada pengadu.