Malaysia legislation
Section 6
of PERATURAN-PERATURAN ANTIBULI (TRIBUNAL BAGI ANTIBULI) 2026
Seksyen 6
(1)
Jika responden yang telah kepadanya disampaikan dengan sewajarnya salinan Borang 1 Jadual yang telah ditandatangani dan dimeterai di bawah subperaturan 5(2)
mempertikaikan aduan itu, dia hendaklah memfailkan suatu pernyataan balas dalam Borang 2 Jadual disertakan dengan apa-apa maklumat, butir-butir dan dokumen sebagaimana yang dikehendaki dalam Borang 2 Jadual dalam masa empat belas hari bekerja dari tarikh salinan Borang 1 Jadual yang telah ditandatangani dan dimeterai itu diterima oleh pengadu.
(2)
Pernyataan balas di bawah subperaturan (1) hendalah difailkan dengan
Pejabat Pendaftaran Tribunal atau melalui sistem pemfailan elektronik, melainkan jika diarahkan selainnya oleh Setiausaha.
(3)
Pernyataan balas yang difailkan dengan Pejabat Pendaftaran Tribunal hendaklah dibuat dalam dua salinan.
P.U. (A) 223 7
(4)
Bagi maksud peraturan ini, Setiausaha boleh menghendaki apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan untuk dikemukakan kepada Tribunal mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Setiausaha.
Pengakuterimaan dan kemasukan pernyataan balas dalam Daftar