Malaysia legislation
Section 8
of PERATURAN-PERATURAN ANTIBULI (TRIBUNAL BAGI ANTIBULI) 2026
Seksyen 8
(1)
Selepas pernyataan balas dalam Borang 2 Jadual dimasukkan dalam Daftar,
Setiausaha hendaklah menyebabkan supaya—
(a)
satu salinan Borang 2 Jadual yang telah ditandatangani dan dimeterai itu disimpan oleh Pejabat Pendaftaran Tribunal; dan
(b)
satu salinan lain Borang 2 Jadual yang telah ditandatangani dan dimeterai itu dikembalikan kepada responden.
(2)
Setiausaha hendaklah membuat salinan daripada salinan Borang 2 Jadual yang telah ditandatangani dan dimeterai itu dan hendaklah menyampaikan kepada pengadu dalam masa empat belas hari bekerja dari tarikh salinan Borang 2 Jadual yang telah ditandatangani dan dimeterai itu dimasukkan dalam Daftar.
P.U. (A) 223 8