Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Tafsiran
“entiti yang ditentukan” ertinya entiti yang dikenal pasti oleh Majlis Keselamatan
Bangsa-Bangsa Bersatu atau Jawatankuasa Majlis Keselamatan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Jadual Kedua;
“individu yang ditentukan” ertinya individu yang dikenal pasti oleh Majlis
Keselamatan
Bangsa-Bangsa
Bersatu atau
Jawatankuasa
Majlis
Keselamatan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Jadual Pertama;
P.U. (A) 328 3
“institusi kewangan” mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan dalam subseksyen 2(1) Akta;
“Jawatankuasa Majlis Keselamatan” ertinya Jawatankuasa Majlis Keselamatan
(2011)
;
“Ketetapan” ertinya Ketetapan 1970 (2011), Ketetapan 1973 (2011), Ketetapan 2009 (2011), Ketetapan 2016 (2011), Ketetapan 2017 (2011) dan Ketetapan 2040
(2012)
Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu;
“Majlis Keselamatan” ertinya Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan di bawah Perkara 7 Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu.
Pembekuan dana, aset kewangan dan sumber ekonomi individu yang ditentukan