Skip to content

Seksyen 3

Dalam Peraturan-Peraturan ini—

of Peraturan-Peraturan Bank Negara Malaysia (Pelaksanaan Ketetapan-Ketetapan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu 1970 (2011), 1973 (2011), 2009 (2011), 2016 (2011), 2017 (2011) dan 2040 (2012) yang Berhubungan Dengan Libya) 2012

P.U. (A)In forceProvision 3 of 8
Seksyen 3

“entiti yang ditentukan” ertinya entiti yang dikenal pasti oleh Majlis Keselamatan

Bangsa-Bangsa Bersatu atau Jawatankuasa Majlis Keselamatan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Jadual Kedua;

“individu yang ditentukan” ertinya individu yang dikenal pasti oleh Majlis

Keselamatan

Bangsa-Bangsa

Bersatu atau

Jawatankuasa

Majlis

Keselamatan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Jadual Pertama;

P.U. (A) 328 3

“institusi kewangan” mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan dalam subseksyen 2(1) Akta;

“Jawatankuasa Majlis Keselamatan” ertinya Jawatankuasa Majlis Keselamatan

Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan di bawah perenggan 24 Ketetapan 1970

(2011)

;

“Ketetapan” ertinya Ketetapan 1970 (2011), Ketetapan 1973 (2011), Ketetapan 2009 (2011), Ketetapan 2016 (2011), Ketetapan 2017 (2011) dan Ketetapan 2040

(2012)

Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu;

“Majlis Keselamatan” ertinya Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan di bawah Perkara 7 Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu.