Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan di bawah perenggan 24 Ketetapan 1970
(1)
Suatu institusi kewangan hendaklah membekukan apa-apa dana, aset kewangan atau sumber ekonomi yang dimiliki atau dikawal, sama ada secara langsung atau tidak langsung, oleh—
(a)
seorang individu yang ditentukan;
(b)
seorang individu atau entiti yang bertindak bagi pihak, atau atas arahan, seorang individu yang ditentukan; atau
(c)
suatu entiti yang dimiliki atau dikawal oleh seorang individu yang ditentukan.
(2)
Pembekuan dana, aset kewangan dan sumber ekonomi sebagaimana yang disebut dalam subperaturan (1) tidak terpakai bagi pembekuan dana, aset kewangan dan sumber ekonomi yang telah ditentukan oleh Bank, melalui notis bertulis, sebagai perlu—
P.U. (A) 328 4
(a)
untuk bayaran perbelanjaan asas, termasuk apa-apa bayaran bagi bahan makanan, sewa atau gadaian, ubat dan rawatan perubatan, cukai, premium insurans dan caj utiliti awam;
(b)
untuk bayaran fi profesional yang munasabah dan pembayaran balik perbelanjaan yang ditanggung berkaitan dengan peruntukan perkhidmatan guaman;
(c)
untuk bayaran fi atau caj perkhidmatan mengikut undang-undang bertulis;
(d)
untuk bayaran pemegangan atau penyenggaraan lazim dana, aset kewangan atau sumber ekonomi yang dibekukan;
(e)
untuk bayaran apa-apa perbelanjaan luar biasa yang diluluskan oleh
Jawatankuasa Majlis Keselamatan; atau
(f)
untuk menjadi perkara mana-mana proses kehakiman atau pentadbiran, timbang tara, lien, penghakiman atau bayaran kena dibayar di bawah suatu kontrak, dalam hal sedemikian dana, aset kewangan atau sumber ekonomi itu boleh digunakan untuk memenuhi lien, penghakiman atau bayaran kena dibayar di bawah kontrak itu, dengan syarat lien, penghakiman atau kontrak itu—
(i)
telah dibuat sebelum 26 Februari 2011; dan
(ii)
bukan untuk manfaat individu yang ditentukan.
(3)
Suatu institusi kewangan boleh mengkreditkan suatu akaun yang dibekukan di bawah subperaturan (1) dengan—
(a)
apa-apa faedah atau pendapatan lain yang kena dibayar ke atas akaun itu; atau
P.U. (A) 328 5
(b)
apa-apa bayaran kena dibayar di bawah apa-apa kontrak, perjanjian atau obligasi yang berbangkit sebelum Peraturan-Peraturan ini berkuat kuasa, dengan syarat bahawa institusi kewangan itu berterusan membekukan apa-apa faedah, pendapatan dan bayaran lain yang dikreditkan ke dalam akaun itu.
Pembekuan dana, aset kewangan dan sumber ekonomi entiti yang ditentukan