Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN BANK NEGARA MALAYSIA (PELAKSANAAN KETETAPAN-KETETAPAN MAJLIS KESELAMATAN BANGSA-BANGSA BERSATU 1970 (2011), 1973 (2011), 2009 (2011), 2016 (2011), 2017 (2011) DAN 2040 (2012) YANG BERHUBUNGAN DENGAN LIBYA) 2012

Seksyen 5

(1)

Suatu institusi kewangan yang telah membekukan apa-apa dana, aset kewangan atau sumber ekonomi yang dimiliki atau dikawal, sama ada secara langsung atau tidak langsung, oleh—

(a)

suatu entiti yang ditentukan;

(b)

seorang individu atau entiti yang bertindak bagi pihak, atau atas arahan, suatu entiti yang ditentukan; atau

(c)

suatu entiti yang dimiliki atau dikawal oleh suatu entiti yang ditentukan, sebelum Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa dan menurut pekeliling Bank yang dikeluarkan di bawah seksyen 95 Akta bertarikh 23 Jun 2011, hendaklah berterusan membekukan dana, aset kewangan atau sumber ekonomi itu.

(2)

Pembekuan dana, aset kewangan dan sumber ekonomi sebagaimana yang disebut dalam subperaturan (1) tidak terpakai bagi pembekuan dana, aset kewangan dan sumber ekonomi yang telah ditentukan oleh Bank, melalui notis bertulis, sebagai perlu—

(a)

untuk bayaran perbelanjaan asas, termasuk apa-apa bayaran bagi bahan makanan, sewa atau gadaian, ubat dan rawatan perubatan, cukai, premium insurans dan caj utiliti awam;

P.U. (A) 328 6

(b)

untuk bayaran fi profesional yang munasabah dan pembayaran balik perbelanjaan yang ditanggung berkaitan dengan peruntukan perkhidmatan guaman;

(c)

untuk bayaran fi atau caj perkhidmatan mengikut undang-undang bertulis;

(d)

untuk bayaran pemegangan atau penyenggaraan lazim dana, aset kewangan atau sumber ekonomi yang dibekukan;

(e)

untuk bayaran apa-apa perbelanjaan luar biasa yang diluluskan oleh

Jawatankuasa Majlis Keselamatan; atau

(f)

untuk menjadi perkara mana-mana proses kehakiman atau pentadbiran, timbang tara, lien, penghakiman atau bayaran kena dibayar di bawah suatu kontrak, dalam hal sedemikian dana, aset kewangan atau sumber ekonomi itu boleh digunakan untuk memenuhi lien, penghakiman atau bayaran kena dibayar di bawah kontrak itu, dengan syarat lien, penghakiman atau kontrak itu—

(i)

telah dibuat sebelum 26 Februari 2011; dan

(ii)

bukan untuk manfaat entiti yang ditentukan; atau

(g)

bagi maksud—

(i)

keperluan kemanusiaan;

(ii)

kegunaan awam bagi bahan api, elektrik dan air;

(iii)

penyambungan semula pengeluaran dan penjualan hidrokarbon Libya;

P.U. (A) 328 7

(iv)

penubuhan, pengendalian atau pengukuhan institusi kerajaan awam dan infrastruktur awam; atau

(v)

memudahkan penyambungan semula operasi sektor perbankan, termasuk untuk menyokong atau memudahkan perdagangan antarabangsa dengan Libya.

(3)

Suatu institusi kewangan boleh mengkreditkan suatu akaun yang dibekukan di bawah subperaturan (1) dengan—

(a)

apa-apa faedah atau pendapatan lain yang kena dibayar ke atas akaun itu; atau

(b)

apa-apa bayaran kena dibayar di bawah apa-apa kontrak, perjanjian atau obligasi yang berbangkit sebelum Peraturan-Peraturan ini berkuat kuasa, dengan syarat bahawa institusi kewangan itu berterusan membekukan apa-apa faedah, pendapatan dan bayaran lain yang dikreditkan ke dalam akaun itu.

Larangan terhadap peruntukan dana, aset kewangan atau sumber ekonomi kepada individu yang ditentukan 6.

(1)

Tiada institusi kewangan boleh memperuntukkan atau menyediakan apa-apa dana, aset kewangan atau sumber ekonomi, kepada atau untuk manfaat—

(a)

seorang individu yang ditentukan;

(b)

seorang individu atau entiti yang bertindak bagi pihak, atau atas arahan, seorang individu yang ditentukan; atau

(c)

suatu entiti yang dikawal atau dimiliki oleh seorang individu yang ditentukan.

P.U. (A) 328 8

(2)

Pemberian dana, aset kewangan dan sumber ekonomi sebagaimana yang disebut dalam subperaturan (1) tidak terpakai bagi pemberian dana, aset kewangan dan sumber ekonomi yang telah ditentukan oleh Bank, melalui notis bertulis, sebagai perlu—

(a)

untuk bayaran perbelanjaan asas, termasuk apa-apa bayaran bagi bahan makanan, sewa atau gadaian, ubat dan rawatan perubatan, cukai, premium insurans dan caj utiliti awam;

(b)

untuk bayaran fi profesional yang munasabah dan pembayaran balik bagi perbelanjaan yang ditanggung berkaitan dengan peruntukan perkhidmatan guaman;

(c)

untuk bayaran fi atau caj perkhidmatan mengikut undang-undang bertulis;

(d)

untuk bayaran pemegangan atau penyenggaraan lazim dana, aset kewangan atau sumber ekonomi yang dibekukan;

(e)

untuk bayaran apa-apa perbelanjaan luar biasa yang diluluskan oleh

Jawatankuasa Majlis Keselamatan; atau

(f)

untuk menjadi perkara mana-mana proses kehakiman atau pentadbiran, timbang tara, lien, penghakiman atau bayaran kena dibayar di bawah suatu kontrak, dalam hal sedemikian dana, aset kewangan atau sumber ekonomi itu boleh digunakan untuk memenuhi lien, penghakiman atau bayaran kena dibayar di bawah kontrak itu, dengan syarat lien, penghakiman atau kontrak itu—

(i)

telah dibuat sebelum 26 Februari 2011; dan

(ii)

bukan untuk manfaat individu yang ditentukan.

P.U. (A) 328 9

Kewajipan untuk melaksanakan pengawasan

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN BANK NEGARA MALAYSIA (PELAKSANAAN KETETAPAN-KETETAPAN MAJLIS KESELAMATAN BANGSA-BANGSA BERSATU 1970 (2011), 1973 (2011), 2009 (2011), 2016 (2011), 2017 (2011) DAN 2040 (2012) YANG BERHUBUNGAN DENGAN LIBYA) 2012