Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN BEKALAN GAS (PINDAAN) 2025

Seksyen 10

Pindaan peraturan 15

(a)

dengan menggantikan subperaturan

(1)

dengan subperaturan yang berikut:

“(1)

Sebelum memulakan kerja pada mana-mana talian paip pengagihan atau sistem perpaipan baharu, tambahan atau pindaan, seseorang hendaklah memohon kepada Suruhanjaya bagi suatu

Kelulusan untuk Memasang dan hendaklah melampirkan lukisan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.”;

(b)

dalam subperaturan (3), dengan memasukkan selepas perkataan

“Peraturan-Peraturan ini”

perkataan

“dan mengeluarkan suatu

Kelulusan untuk Memasang”;

(c)

dalam subperaturan (4), dengan menggantikan perkataan “pepasangan”

di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “talian paip pengagihan atau sistem perpaipan”; dan

(d)

dengan memasukkan selepas subperaturan (5) subperaturan yang berikut:

“(6)

Suruhanjaya boleh membatalkan Kelulusan untuk

Memasang yang dikeluarkan di bawah subperaturan (3) jika suatu permohonan untuk membatalkan Kelulusan untuk Memasang dibuat—

(a)

oleh pemunya talian paip pengagihan atau sistem perpaipan itu; atau 9

(b)

oleh Kontraktor Gas dengan syarat permohonan itu ditentusahkan oleh pemunya talian paip pengagihan atau sistem perpaipan itu.

(7)

Permohonan di bawah subperaturan (6)(a) hendaklah dibuat mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.”.

Penggantian peraturan 16

Section 10 — PERATURAN-PERATURAN BEKALAN GAS (PINDAAN) 2025