Skip to content

Seksyen 16

of Peraturan-Peraturan Bekalan Gas (Pindaan) 2025

P.U. (A)In forceProvision 13 of 13

Seksyen 16

(1)

Apabila siap suatu kerja baharu, tambahan atau pindaan pada talian paip pengagihan atau sistem perpaipan, seseorang hendaklah memohon suatu Kelulusan untuk

Mengendali daripada Suruhanjaya dengan mengemukakan suatu permohonan berserta perakuan siap, perakuan ujian dan lukisan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh

Suruhanjaya.

(2)

Lukisan yang disebut dalam subperaturan (1)

hendaklah diendorskan oleh

Jurutera

Gas,

Penyelia

Kejuruteraan Gas, Jurugegas Gas Kelas I atau Jurugegas Gas

Kelas II, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Suruhanjaya boleh meluluskan permohonan itu jika ia berpuas hati bahawa pemohon itu telah memenuhi kehendak Peraturan-Peraturan ini dan apa-apa kehendak lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(4)

Apabila permohonan di bawah subperaturan (3)

diluluskan, Suruhanjaya hendaklah mengeluarkan suatu

Kelulusan untuk Mengendali, yang mengandungi terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

10

(5)

Suruhanjaya boleh membatalkan

Kelulusan untuk

Mengendali yang dikeluarkan di bawah subperaturan (4) jika—

(a)

suatu permohonan pembatalan Kelulusan untuk Mengendali dibuat oleh—

(i)

pemunya talian paip pengagihan atau sistem perpaipan; atau

(ii)

Kontraktor

Gas dengan syarat bahawa permohonan itu ditentusahkan oleh pemunya talian paip pengagihan atau sistem perpaipan; atau

(b)

apabila pemeriksaan dijalankan,

Suruhanjaya mendapati suatu talian paip pengagihan atau sistem perpaipan itu tidak mematuhi Kelulusan untuk Mengendali dan ketidakpatuhan itu tidak dibetulkan dalam tempoh masa yang munasabah sebagaimana yang ditentukan oleh

Suruhanjaya.

(6)

Permohonan di bawah subperenggan (5)(a)

hendaklah dibuat mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(7)

Fi yang kena dibayar untuk memproses permohonan dan pengeluaran Kelulusan untuk Mengendali dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Ketiga.”.

11

Pindaan peraturan 17 12.

Peraturan 17 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “dalam Borang B yang ditetapkan dalam