Malaysia legislation

Section 11

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2018

Seksyen 11

(1)

Jika suatu Institusi Kewangan Pelapor mengguna pakai tatacara usaha wajar bagi Akaun Baharu kepada Akaun Sedia Ada mengikut subperaturan 10(2), tatacara yang diperihalkan dalam perenggan C Seksyen I, perenggan A Seksyen III, subperenggan B(1) Seksyen III dan perenggan A Seksyen V Standard hendaklah terpakai bagi Akaun Sedia Ada itu.

(2)

Jika suatu Institusi Kewangan Pelapor mengguna pakai tatacara usaha wajar bagi Akaun Sedia Ada kepada Akaun Baharu mengikut subperaturan 10(3), peruntukan Peraturan-Peraturan ini dan Standard yang terpakai bagi suatu Akaun

Baharu hendaklah terus terpakai bagi Akaun Baharu itu

(3)

Suatu Institusi Kewangan Pelapor tidak boleh—

(a)

mengguna pakai tatacara usaha wajar bagi Akaun Baharu kepada

Akaun Sedia Ada melainkan institusi itu mengguna pakai tatacara itu bagi semua Akaun Sedia Ada yang disenggara olehnya atau kumpulan Akaun Sedia Ada yang dikenal pasti dengan jelas; dan

(b)

mengguna pakai tatacara usaha wajar bagi Akaun Sedia Ada kepada Akaun Baharu melainkan institusi itu mengguna pakai tatacara itu bagi semua Akaun Baharu yang disenggara olehnya atau kumpulan Akaun Baharu yang dikenal pasti dengan jelas.

Entiti Berkaitan

Section 11 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2018