Seksyen 14
Peruntukan khas bagi pelaporan Akaun Individu Sedia Ada
P.U. (A)In forceProvision 14 of 24
Seksyen 14
Bagi maksud subperaturan 13(1), suatu Institusi Kewangan Pelapor hendaklah mengemukakan penyata maklumat kepada Ketua Pengarah berhubung dengan tiap-tiap Akaun Individu Sedia Ada yang dikenal pasti oleh Institusi Kewangan Pelapor itu sebagai suatu Akaun Kena Lapor yang disenggara oleh Institusi Kewangan Pelapor itu pada atau sebelum tarikh yang berikut:
(a)
31 Julai 2018 bagi suatu Akaun Nilai Tinggi; dan
(b)
31 Julai 2019 bagi suatu Akaun Nilai Rendah.