Malaysia legislation

Section 12

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2018

Seksyen 12

(1)

Bagi maksud kehendak pelaporan am dalam Seksyen I Standard dan pemakaian tatacara usaha wajar yang diperihalkan dalam Seksyen II hingga VII

Standard, suatu Entiti ialah “Entiti Berkaitan” bagi suatu Entiti lain sekiranya—

(a)

salah satu Entiti mengawal Entiti yang satu lagi;

P.U. (A) 20 12

(b)

kedua-dua Entiti di bawah kawalan yang sama; atau

(c)

kedua-dua Entiti ialah Entiti Pelaburan yang diperihalkan dalam subperenggan A(6)(b) Seksyen VIII Standard yang di bawah pengurusan yang sama dan pengurusan itu memenuhi kewajipan usaha wajar Entiti Pelaburan itu.

(2)

Kawalan yang disebut dalam perenggan (1)(a) dan (b) adalah termasuk pemilikan langsung atau tidak langsung lebih daripada lima puluh peratus undi dan nilai dalam sesuatu Entiti.

Kewajipan pelaporan

Section 12 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2018