Malaysia legislation

Section 13

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2018

Seksyen 13

(1)

Suatu Institusi Kewangan Pelapor hendaklah, berkenaan dengan tahun kalendar 2017 dan setiap tahun kalendar yang berikutnya, mengemukakan penyata maklumat kepada Ketua Pengarah pada atau sebelum 30 Jun tahun berikutan tahun kalendar yang berhubungan dengan penyata itu dengan menyatakan maklumat yang dikehendaki untuk dilaporkan sebagaimana yang diperihalkan dalam perenggan A dan

B Seksyen I Standard, tertakluk kepada perenggan C hingga E Seksyen I Standard, berhubung dengan tiap-tiap Akaun Kewangan yang dikenal pasti sebagai Akaun Kena

Lapor yang disenggara oleh Institusi Kewangan Pelapor pada bila-bila masa dalam suatu tahun kalendar.

(2)

Bagi maksud subperaturan (1), setiap Institusi Kewangan Pelapor hendaklah melaporkan baki akaun atau nilai akaun, termasuk dalam hal Kontrak

Insurans Nilai Tunai atau Kontrak Anuiti, Nilai Tunai atau nilai penyerahan, setakat akhir tahun kalendar yang berkenaan atau, jika akaun itu ditutup pada tahun itu, penutupan akaun itu berkenaan dengan setiap Akaun Kena Lapor yang disenggara oleh

Institusi Kewangan Pelapor itu.

(3)

Sekiranya suatu Institusi Kewangan Pelapor mengguna pakai tatacara usaha wajar yang diperihalkan dalam peraturan 5 bagi suatu tahun kalendar dan tiada akaun yang dikenal pasti sebagai Akaun Kena Lapor, Institusi Kewangan Pelapor itu hendaklah mengemukakan kepada Ketua Pengarah suatu penyata maklumat yang

P.U. (A) 20 13

menyatakan bahawa Institusi Kewangan Pelapor itu tidak menyenggara Akaun Kena

Lapor berkenaan dengan tahun itu.

(4)

Sesuatu Institusi Kewangan Pelapor tidak dikecualikan daripada mengemukakan maklumat sebagaimana yang dikehendaki di bawah

Peraturan-Peraturan ini atas alasan Institusi Kewangan Pelapor itu mempunyai kewajipan untuk tidak mengumpul, menggunakan atau mendedahkan maklumat itu, sama ada kewajipan itu dikenakan oleh undang-undang bertulis, rukun undang-undang, apa-apa kontrak atau apa-apa kaedah bagi tatacara tatatertib profesional.

Peruntukan khas bagi pelaporan Akaun Individu Sedia Ada