Skip to content

Seksyen 14

Peruntukan khas bagi pelaporan Akaun Individu Sedia Ada

of Peraturan-Peraturan Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pertukaran Automatik Maklumat Akaun Kewangan) 2018

P.U. (A)In forceProvision 14 of 24
Seksyen 14

Bagi maksud subperaturan 13(1), suatu Institusi Kewangan Pelapor hendaklah mengemukakan penyata maklumat kepada Ketua Pengarah berhubung dengan tiap-tiap Akaun Individu Sedia Ada yang dikenal pasti oleh Institusi Kewangan Pelapor itu sebagai suatu Akaun Kena Lapor yang disenggara oleh Institusi Kewangan Pelapor itu pada atau sebelum tarikh yang berikut:

(a)

31 Julai 2018 bagi suatu Akaun Nilai Tinggi; dan

(b)

31 Julai 2019 bagi suatu Akaun Nilai Rendah.