Malaysia legislation

Section 14

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (KAJIAN SEMULA DAN RAYUAN) 2014

Seksyen 14

Penarikan balik rayuan

(1)

Perayu boleh menarik balik rayuan pada bila-bila masa dengan memfailkan suatu notis penarikan balik dalam Borang F kepada Tribunal.

(2)

Satu salinan notis penarikan balik itu hendaklah dihantar serentak oleh perayu kepada responden.

(3)

Jika suatu rayuan ditarik balik, rayuan baharu tidak boleh dibuat berhubung dengan perkara yang sama.

Keputusan Tribunal

Section 14 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (KAJIAN SEMULA DAN RAYUAN) 2014