Seksyen 14
Penarikan balik rayuan
of Peraturan-Peraturan Cukai Barang dan Perkhidmatan (Kajian Semula dan Rayuan) 2014
P.U. (A)In forceProvision 14 of 24
Seksyen 14
(1)
Perayu boleh menarik balik rayuan pada bila-bila masa dengan memfailkan suatu notis penarikan balik dalam Borang F kepada Tribunal.
(2)
Satu salinan notis penarikan balik itu hendaklah dihantar serentak oleh perayu kepada responden.
(3)
Jika suatu rayuan ditarik balik, rayuan baharu tidak boleh dibuat berhubung dengan perkara yang sama.