Skip to content

Seksyen 15

Keputusan Tribunal

of Peraturan-Peraturan Cukai Barang dan Perkhidmatan (Kajian Semula dan Rayuan) 2014

P.U. (A)In forceProvision 15 of 24
Seksyen 15

(1)

Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Tribunal hendaklah dalam Borang E.

(2)

Keputusan

Tribunal hendaklah dimeteraikan, ditarikhkan dan ditandatangani oleh orang yang mempengerusikan pendengaran perkara yang dirayu dan satu salinan keputusan itu hendaklah disampaikan kepada setiap pihak kepada prosiding.

(3)

Jika keputusan itu telah disampaikan kepada pihak-pihak kepada prosiding, mana-mana pihak boleh, dalam tempoh dua puluh lapan hari dari tarikh penerimaan keputusan itu, meminta Tribunal untuk mengemukakan kepadanya alasan bertulis bagi keputusan itu dan Tribunal hendaklah, dalam tempoh tiga puluh hari selepas menerima permintaan itu, mengemukakan kepada pihak itu alasan bertulis itu.

P.U. (A) 189 10