Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
(1)
Suatu permohonan bagi pembayaran balik cukai jualan berhubung dengan hutang lapuk di bawah seksyen 36 Akta hendaklah dibuat dalam Borang JKDM No. 2 berserta dokumen yang berikut:
(a)
suatu salinan invois yang dikeluarkan di bawah seksyen 21 Akta;
(b)
Borang SST-02 dan apa-apa dokumen lain yang menunjukkan orang itu telah mengakaun dan membayar cukai jualan itu;
(c)
rekod atau apa-apa dokumen lain yang menunjukkan pembayaran berkenaan dengan cukai jualan telah tidak diterima;
(d)
rekod atau apa-apa dokumen lain yang menunjukkan segala usaha yang munasabah telah diambil oleh orang itu untuk mendapatkan balik pembayaran berkenaan dengan jualan barang bercukai itu; dan
(e)
rekod atau apa-apa dokumen lain yang menunjukkan pembayaran berkenaan dengan jualan barang bercukai telah dihapus kira dalam akaun orang itu sebagai hutang lapuk.
(2)
Orang yang menuntut pembayaran balik di bawah subperaturan (1) dikehendaki menyimpan segala rekod dan dokumen yang berkaitan dengan tuntutan itu untuk tempoh
15
tujuh tahun daripada tarikh tuntutan itu untuk pemeriksaan pegawai cukai jualan yang hak pada bila-bila masa.
(3)
Pegawai cukai jualan yang hak boleh menghendaki orang yang membuat tuntutan di bawah subperaturan (1) untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat bagi maksud mengesahkan tuntutan itu.
(4)
Ketua Pengarah boleh tidak membenarkan apa-apa pembayaran balik—
(a)
jika rekod atau dokumen yang dikemukakan adalah tidak benar atau tidak betul; atau
(b)
atas apa-apa sebab yang lain bagi maksud perlindungan hasil.
(5)
Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (2) dan (3) melakukan suatu kesalahan.
Cara membuat pembayaran semula