Seksyen 16
Cara membuat pembayaran semula
of Peraturan-Peraturan Cukai Jualan 2018
P.U. (A)In forceProvision 16 of 36
Seksyen 16
(1)
Apabila seseorang membuat suatu pembayaran semula di bawah seksyen 37 Akta, dia hendaklah berbuat demikian—
(a)
dalam hal pengilang berdaftar, dengan memasukkan amaun yang kena dibayar semula kepada Ketua Pengarah dalam penyatanya dalam tempoh bercukai yang dia menerima pembayaran cukai jualan daripada pembeli; dan
(b)
dalam hal seseorang yang terhenti menjadi pengilang berdaftar, dengan memasukkan amaun yang kena dibayar semula kepada Ketua Pengarah dalam penyatanya dalam tempoh bercukai terakhir yang dia berdaftar.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar peraturan ini melakukan suatu kesalahan.
16