Malaysia legislation

Section 17

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN 2018

Seksyen 17

(a)

barang bercukai itu telah dieksport dalam tempoh enam bulan daripada—

(i)

tarikh cukai jualan itu dibayar bagi pengimportan barang bercukai itu;

atau

(ii)

tarikh invois dikeluarkan bagi pembelian barang bercukai itu;

(b)

suatu permohonan bagi pulang balik cukai jualan hendaklah dibuat dalam

Borang JKDM No. 2—

(i)

dalam masa tiga bulan dari tarikh barang bercukai itu dieksport; dan

(ii)

borang itu hendaklah diserahkan kepada pegawai kanan cukai jualan di mana pemohon itu mempunyai premis perniagaannya;

(c)

barang bercukai yang cukai jualan telah dibayar dan pulang balik dituntut di bawah seksyen 40 Akta hendaklah dibuat akuan dalam borang akuan eksport Kastam yang berkenaan dan ditentukan dengan memuaskan hati pegawai kanan cukai jualan bahawa barang bercukai itu tersebut telah dieksport;

(d)

pembayaran pulang balik ke atas barang bercukai yang hendak dieksport tidak dilarang oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

Akta Kastam 1967;

17

(e)

barang bercukai itu telah tidak digunakan selepas pengimportan atau selepas pembayaran cukai jualan; dan

(f)

tiap-tiap orang yang menuntut pulang balik hendaklah membuat akuan bahawa barang bercukai itu tidak akan didaratkan semula atau diturunkan dan tidak diniatkan untuk didaratkan semula atau diturunkan pada mana-mana tempat di dalam Malaysia.

(2)

Bagi maksud perenggan 17(1)(b), suatu permohonan pulang balik hendaklah dibuat dalam Borang JKDM No. 2 berserta borang dan dokumen yang berikut:

(a)

borang kastam No. 1, borang kastam No. 9, invois dari pengilang berdaftar atau apa-apa dokumen lain yang mengandungi butir-butir cukai jualan yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah; dan

(b)

invois jualan kepada pembeli, salinan borang kastam No. 2 atau apa-apa dokumen lain yang mengandungi butir-butir pengeksportan yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah.

(3)

Mana-mana orang yang mengemukakan permohonan di bawah subperaturan (1)

hendaklah selain dokumen dan borang yang dinyatakan dalam subperenggan (1) dan (2), mengemukakan apa-apa dokumen dan maklumat lain sekiranya dikehendaki oleh pegawai kanan cukai jualan.

(4)

Bagi maksud subperaturan (2), “borang kastam No. 1”, “borang kastam No. 2” dan

“borang kastam

9”

ertinya borang yang ditetapkan di bawah

Peraturan-Peraturan Kastam 1977.

18

Section 17 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN 2018