Seksyen 23
Saluran paip dan tangki simpanan
of Peraturan-Peraturan Cukai Jualan 2018
P.U. (A)In forceProvision 23 of 36
Seksyen 23
(1)
Semua saluran paip dan tangki simpanan hendaklah ditentukur oleh jurukur bebas yang diluluskan oleh Ketua Pengarah dan salinan yang diperakui bagi tentukur itu hendaklah disimpan dengan Ketua Pengarah.
(2)
Semua saluran paip yang membawa petroleum cecair atau gas hendaklah ditandakan atau diwarnakan mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.
(3)
Semua saluran paip yang dipasang dengan meter dan peranti hendaklah diluluskan oleh Ketua Pengarah.