Skip to content

Seksyen 24

Meter dan peranti

of Peraturan-Peraturan Cukai Jualan 2018

P.U. (A)In forceProvision 24 of 36
Seksyen 24

(1)

Semua meter dan peranti yang digunakan untuk menyukat petroleum hendaklah diluluskan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Pengilang berdaftar hendaklah memastikan bahawa semua meter dan peranti yang diluluskan di bawah subperaturan (1) disenggarakan dengan sepatutnya dan suatu rekod mengenai penyenggaraan itu hendaklah disimpan dan hendaklah dikemukakan apabila diminta untuk diperiksa oleh seorang pegawai cukai jualan yang hak.

20

(3)

Pengilang berdaftar hendaklah menyebabkan semua meter dan peranti itu diuji secara berkala untuk ketepatan oleh orang yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.

(4)

Apa-apa kerosakan pada atau kegagalan fungsi mana-mana meter atau peranti hendaklah dilaporkan dengan segera oleh pengilang berdaftar kepada pegawai cukai jualan yang hak dan meter atau peranti itu hendaklah tidak boleh digunakan sehingga meter atau peranti itu dibaiki atau diganti.

(5)

Tiada perubahan boleh dibuat kepada mana-mana meter atau peranti yang diluluskan di bawah subperaturan (1) tanpa mendapat kelulusan bertulis daripada

Ketua Pengarah terlebih dahulu.