Malaysia legislation

Section 29

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN 2018

Seksyen 29

Ketua Pengarah boleh memberikan kepada mana-mana orang—

(2)

Jika suatu dokumen yang dikehendaki untuk dicap, ditandatangani atau dimeterai di bawah Akta difailkan, dikemukakan atau dihantar secara elektronik melalui perkhidmatan elektronik, kehendak bagi pengakusaksian cap, tandatangan atau meterai adalah tidak terpakai.

(3)

Mana-mana orang yang diberi kuasa oleh seorang pengguna berdaftar boleh membuat dan menghantar apa-apa notis elektronik bagi pihak pengguna berdaftar itu melalui perkhidmatan elektronik.

(4)

Jika apa-apa notis elektronik dibuat dan dihantar bagi pihak mana-mana pengguna berdaftar di bawah subperaturan (3), notis itu hendaklah disifatkan telah dibuat dan dihantar dengan kuasa pengguna berdaftar itu dan pengguna berdaftar itu hendaklah disifatkan sebagai mempunyai pengetahuan tentang semua perkara di dalamnya.

(5)

Jika suatu notis elektronik dihantar kepada Ketua Pengarah dengan menggunakan kod pengesahan yang diberikan kepada pengguna berdaftar—

(a)

dengan atau tanpa kuasa pengguna berdaftar; dan

(b)

sebelum pemberitahuan kepada Ketua Pengarah untuk pembatalan kod pengesahan, notis itu hendaklah, bagi maksud Akta, dianggap telah dibuat oleh pengguna berdaftar itu melainkan jika dia boleh mengemukakan keterangan yang berlawanan.

23

(6)

Jika suatu kesilapan dibuat dalam apa-apa notis elektronik oleh pengguna berdaftar di bawah peraturan ini, dia hendaklah membetulkannya melalui perkhidmatan elektronik dalam masa dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang boleh dikenakan oleh Ketua Pengarah.

(7)

Walau apa pun subperaturan (6), Ketua Pengarah boleh mengarahkan atau membenarkan seorang pengguna berdaftar untuk membetulkan apa-apa notis elektronik yang dibuat dan dihantar olehnya di bawah peraturan ini mengikut cara dan dalam masa sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.

(8)

Ketua Pengarah boleh, bagi maksud perkhidmatan elektronik, meluluskan penggunaan apa-apa lambang, kod, singkatan atau tatatanda bagi mewakili apa-apa butir atau maklumat yang dikehendaki di bawah Akta.

(9)

Jika suatu notis elektronik dibuat dan dihantar oleh pengguna berdaftar kepada

Ketua Pengarah di bawah Akta yang tidak mematuhi apa-apa kehendak Bahagian ini,

Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai cukai jualan yang diberi kuasa olehnya, boleh menyampaikan suatu notis kepada pengguna berdaftar itu yang menunjukkan ketidakpatuhan kehendak itu, dan notis elektronik itu tidak boleh disifatkan telah dibuat dan dihantar kepada Ketua Pengarah oleh pengguna berdaftar itu.

Penamatan penyediaan perkhidmatan elektronik kepada pengguna berdaftar

Section 29 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN 2018