Skip to content

Seksyen 28

Penggunaan perkhidmatan elektronik

of Peraturan-Peraturan Cukai Jualan 2018

P.U. (A)In forceProvision 28 of 36
Seksyen 28

(1)

Ketua Pengarah boleh memberikan kepada mana-mana orang—

(a)

suatu kod pengesahan; dan

(b)

suatu akaun dengan perkhidmatan elektronik, untuk menggunakan perkhidmatan elektronik yang disediakan di bawah seksyen 102 Akta tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Mana-mana orang yang diberikan oleh Ketua Pengarah suatu kod pengesahan di bawah subperaturan (1) hendaklah menjadi seorang pengguna berdaftar dan dia—

(a)

hendaklah mengaku terima penerimaan kod pengesahan;

(b)

hendaklah memastikan kod pengesahannya dirahsiakan; dan

(c)

hendaklah tidak mendedahkan kod pengesahannya kepada mana-mana orang yang tidak diberi kuasa.

(3)

Suatu notis elektronik yang dibuat dan dihantar di bawah Akta oleh seorang pengguna berdaftar hendaklah disifatkan telah memenuhi kehendak untuk pemfailan, pengemukaan atau penyerahan jika notis tersebut dihantar kepada Ketua Pengarah dengan cara sebagaimana yang ditentukan di bawah Bahagian ini.

22