Seksyen 30
Penamatan penyediaan perkhidmatan elektronik kepada pengguna berdaftar
of Peraturan-Peraturan Cukai Jualan 2018
P.U. (A)In forceProvision 30 of 36
Seksyen 30
Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masa melalui notis kepada pengguna berdaftar, menamatkan penyediaan perkhidmatan elektronik kepada pengguna berdaftar itu jika pengguna berdaftar itu—
(a)
tidak mematuhi apa-apa terma dan syarat yang dikenakan oleh Ketua Pengarah;
(b)
melanggar apa-apa peraturan dalam Bahagian ini; atau 24
(c)
memberitahu Ketua Pengarah untuk membatalkan kod pengesahan dan akaun perkhidmatan eletronik yang diberikan kepadanya.