Malaysia legislation

Section 15

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI PELANCONGAN 2017

Seksyen 15

Penggunaan perkhidmatan elektronik

(1)

Ketua Pengarah boleh memberikan kepada seseorang pengendali—

(a)

suatu kod pengesahan; dan

(b)

suatu akaun perkhidmatan elektronik, untuk menggunakan perkhidmatan elektronik yang disediakan di bawah seksyen 62

Akta tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua

Pengarah.

(2)

Mana-mana pengendali yang diberikan oleh Ketua Pengarah suatu kod pengesahan di bawah subperaturan (1) hendaklah menjadi seorang pengguna berdaftar dan dia—

(a)

hendaklah mengaku terima penerimaan kod pengesahan;

(b)

hendaklah memastikan kod pengesahannya dirahsiakan; dan

(c)

tidak boleh mendedahkan kod pengesahannya kepada mana-mana orang yang tidak diberi kuasa.

P.U. (A) 228 12

(3)

Suatu notis elektronik yang dibuat dan dihantar di bawah Akta oleh seorang pengguna berdaftar hendaklah disifatkan telah memenuhi kehendak untuk pemfailan, pengemukaan atau penyerahan jika notis tersebut dihantar kepada Ketua

Pengarah dengan cara sebagaimana yang ditentukan di bawah Bahagian ini.

Cara menggunakan perkhidmatan elektronik

Section 15 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI PELANCONGAN 2017